SEKUMPULAN ahli akar umbi PAS menyuarakan rasa kurang senang dengan kerjasama antara parti itu dengan Perikatan Nasional (PN).
Semalam, mereka berkumpul di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur bagi menolak kerjasama dengan blok politik diketuai Muhyiddin Yassin itu.
Jurucakap kumpulan akar umbi itu, Khairul Anuar dipetik laporan Malaysiakini berkata, mereka turut menuntut agar muktamar khas diadakan bagi membincangkan pendirian kerjasama tersebut.
"Sejak sekian lama kami ingin meluahkan perasaan yang seolah-olah kami sedang ditipu atau sedang dipaksa oleh segelintir kepimpinan untuk menerima dan bersetuju berada di dalam PN.
"Setelah hampir sebulan menghubungi rakan-rakan di seluruh negara serta membuat kajian secara rambang terutama pada akar umbi PAS, kami dapati rata-rata akar umbi tidak setuju PAS berada di dalam gabungan PN.
"Mereka nyatakan jangan mengharapkan keuntungan jangka masa pendek akan tetapi kerugian untuk jangka masa panjang," kata ahli PAS dari Kedah, yang kini tinggal di Putrajaya itu seperti dilapor.
Menurutnya lagi, ahli akar umbi begitu terkilan dengan pendirian pusat pimpinan.
"Sepatutnya, kerjasama PAS pada Mac 2020 bersama gabungan PN semasa krisis politik negara hanya melibatkan ahli-ahli parlimen PAS sahaja.
"Namun, kini kepimpinan telah membawa parti ke dalam gabungan PN tanpa persetujuan ahli.
"Maka, kami menuntut satu muktamar khas diadakan untuk membahaskan akan hal ini," katanya.
Tambah Khairul, PAS kini dilihat sebagai 'budak suruhan' dalam gabungan PN.
Untuk rekod, PAS yang sebelum ini memeterai perjanjian kerjasama politik dengan Umno yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN) pada 2019.
Parti itu kemudian secara rasmi mendaftar bersama gabungan PN melibatkan Bersatu dan beberapa parti dari Sabah dan Sarawak.
Semalam kumpulan diketuai Khairul menyerahkan memorandum kepada parti itu. Mereka turut dilihat membawa sepanduk bertulis: "Akar umbi PAS penyokong PAS tolak PN"
Turut tertera adalah sepanduk bertulis: "Jangan jadi jurucakap Bersatu" dengan gambar Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung), Ahmad Samsuri Mokhtar (Menteri Besar Terengganu) dan Mohd Syahir Sulaiman (penolong Setiausaha Agung PAS).

![]() |
Akar umbi tuntut muktamar khas |

0 Comments