KAWASAN Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya di Sabah kini diisytihar sebagai kawasan darurat
Susulan Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong itu, langkah itu sekaligus membatalkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kedua-dua kawasan itu yang dijadualkan akan diadakan pada 16 Januari depan.
Muhyiddin Yassin berkata, mengambil iktibar Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan sebelum ini, Baginda Yang di-Pertuan Agong bersetuju dan berpuas hati ada keperluan mengisytiharkan darurat di dua kawasan itu.
“PRK Gerik dan Bugaya yang telah dijadualkan pada 16 Jan dibatalkan dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.”
Sebagai rekod, Kerusi bagi Parlimen Gerik kosong setelah penyandangnya, Hasbullah Osman, 63 dari Umno meninggal dunia di Raub, Pahang, pada 16 November lalu kerana sakit jantung.
Keesokannya, negara dikejutkan pula dengan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya dari Warisan, Manis Muka Mohd Darah, 65, yang meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Sabah.
![]() |
PRK Parlimen Gerik dan DUN Bugaya batal |
Parlimen Batu Sapi kosong setelah penyandangnya, Liew Vui Kong dari Warisan meninggal dunia pada 2 Oktober lalu, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.
0 Comments