WARISAN PLUS dijangka memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung hari ini, menurut sebuah badan kajian bebas.
Penyelidikan dilakukan Ilham Centre dari 8 Sept hingga 24 Sept mendapati gabungan yang pimpinan Shafie Apdal mendahului dengan 23 kerusi ‘clear winner’, manakala 14 kerusi lagi kategori 50-50.
Sekurang-kurangnya 37 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan pada PRN itu dijangka dimenangi oleh gabungan tersebut sekaligus membolehkan mereka membentuk kembali kerajaan negeri.
Menurut kajian itu lagi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggota Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) boleh memenangi 19 kerusi ‘clear winner’.
“Warisan Plus mendahului dengan 23 kerusi yang boleh dikatakan kerusi ‘clear winner’ diikuti rapat dengan GRS sebanyak 19 kerusi. Selebihnya terdapat 31 kerusi yang menjadi rebutan semua pihak, termasuk calon Bebas dan parti lain.
“Kerusi dalam kategori 50-50 ini adalah penentu kepada mana-mana pihak untuk mencukupkan jumlah majoriti mudah sebanyak 37 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baru.
“Daripada 31 kerusi kategori 50-50 ini, terdapat 14 kerusi yang cenderung kepada Warisan Plus, berbanding 5 kerusi yang cenderung kepada GRS, manakala 12 kerusi betul-betul sengit sehingga tidak dapat ditelah,” kata firma itu dalam kenyataan lewat semalam.
Ilham Centre turut melihat PRN kali ini merupakan pertembungan antara Shafie yang memimpin Sabah dengan Perdana Menteri, MuhyiddiN Yassin.
Bagaimanapun menurut mereka, Shafie lebih menonjol pada PRN ini setelah mempamerkan kepimpinan beliau dalam mencatur strategi menghadapi pilihan raya berbanding GRS yang dilihat lemah dan tidak jelas siapakah yang mengetuai gabungan itu.
“Di antara keduanya, kami meninjau aura kedua tokoh ini dan rata-rata masih meletakkan Shafie mempunyai kelebihan besar sebagai ketua menteri
“Shafie menyerlahkan kemampuan beliau untuk menyelesaikan pengagihan kerusi Warisan Plus, manakala Muhyiddin gagal menyelesaikan kesepakatan agihan kerusi di antara BN, PN dan PBS.

![]() |
Warisan plus dijangka menang |
Tinjauan itu mendapati hubungan dingin antara pengerusi Jentera Pilihan Raya BN, Bung Moktar Radin dengan Pengerusi PPBM Sabah Hajiji Noor sukar dibaca sejauh mana pengundi Umno dan PPBM menterjemahkan undi mereka pada hari pembuangan undi hari ini.
“Dalam cerapan kami di lapangan mendapati jentera Umno dan PPBM tidak bekerjasama antara satu sama lain. Isyarat ini sebenarnya juga memberi kesan tidak langsung kepada penyokong masing-masing,” kata tinjauan itu.

0 Comments