NGO dakwa Zuraida salahguna kuasa, mahu SPRM siasat



TINDAKAN Zuraida Kamaruddin melantik penggerak komuniti dalam majlis tempatan dikritik sebuah kumpulan kerajaan tempatan.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Gabungan Demokrasi Tempatan mempersoalkan sekiranya tindakan melantik wakil (yang dikenali sebagai PEKT) melampaui bidang kuasanya sebagai menteri dan merupakan penyalahgunaan kuasa untuk manfaat politik.

Jawatankuasa pemandu kumpulan itu berkata, pelantikan “ahli majis sendiri” melampaui peranan asal kementerian tersebut, yang hanya berperanan untuk melihat semua undang-undang berkait pelaksanaan fungsi majlis perbandaran oleh kerajaan dalam isu perumahan, landskap, pengurusan sisa pepejal dan sebagainya.

Perlembagaan persekutuan menyenaraikan peranan yang berbeza bagi kerajaan persekutuan dan negeri.

“Zuraida perlu menjelaskan kepada masyarakat awam mengenai alasannya berhubung pelantikan bersasaran itu dan jumlah bajet yang diperuntukkan kepada dasar komuniti,” kata kumpulan itu dipetik laporan FMT.

BACA: Pemimpin MIC kedah bidas kumpulan Azmin


Mereka turut menegaskan bahawa semua ahli majlis tempatan mesti dipilih oleh pembayar cukai melalui pemilihan majlis tempatan.

Kumpulan tersebut menggesa semua kerajaan negeri supaya membantah keputusan kementerian itu.

Mahu Zuraida disiasat
Mereka turut mendesak  kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil tindakan undang-undang terhadap Zuraida dan kementeriannya bagi menghentikan tindakan tersebut.

Mereka turut menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuka siasatan terhadap Zuraida kerana penyalahgunaan kuasa.

Post a Comment

0 Comments