Calon BN positif Covid-19, Saran individu rapat buat saringan


SEORANG calon bagi Pilihan Raya negeri (PRN) Sabah menggesa penyokong, jentera, rakan dan keluarganya supaya melakukan saringan Covid-19.

Ia selepas dia disahkan positif wabak itu.
 
Dalam hantaran di Facebook, Calon barisan Nasional (BN) bagi DUN Pitas, Sufian Abd Karim memohon maaf kepada pihak yang membantunya ketika kempen.

“Saya, Sufian Abd Karim, calon BN bagi N03 DUN Pitas baru saja mendapat keputusan ujian covid19 dan telah disahkan positif.

“Doakan semoga saya diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan diberi kesembuhan yang segera.

"Mohon kepada semua yang pernah bersama saya mengambil langkah berjaga-jaga dan sewajarnya dengan membuat saringan," katanya.
Gesa rakan buat saringan
Kawasan N03 Pitas menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Sufian dengan calon Warisan, Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (Usno) dan calon bebas.

Sebelum ini beberapa pemimpin BN dilapor dijangkiti wabak tersebut ketika siri kempen pada PRN itu.

Mereka ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii dan Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan.

Antara yang diminta menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat Razlan pula termasuklah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN Annuar Musa.
 

Post a Comment

0 Comments