KERAJAAN Negeri Pulau Pinang mahu mewujudkan 100 hab kebun komuniti berkonsepkan pertanian bandar (urban farming) dalam tempoh lima tahun akan datang.
Harapan itu disuarakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sempena Majlis Perasmian Kebun Komuniti di Datuk Keramat hari ini.
Tambahnya, inisiatif kebun komuniti itu mempunyai prospek yang sangat cerah untuk dimajukan melalui adaptasi suntikan kepakaran serta teknologi baharu sekaligus membolehkan penduduk berdekatan dapat menikmati hasil tanaman dengan mudah.
“Secara tidak langsung, ia juga dapat diguna pakai untuk menjana ekonomi sosial jangka pendek kepada komuniti berdekatan dalam mewujudkan pekerjaan harian atau bulanan khasnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah serta yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Malah, saranan ini turut dipanjangkan kepada jabatan dan agensi negeri untuk menyahut cabaran melaksanakan kebun kitar di bawah seliaan masing-masing dalam usaha mewujudkan 100 hab kebun komuniti sepertimana yang dihasratkan dengan aktiviti penanaman sayur-sayuran organik berkonsepkan pertanian bandar.
“Projek yang merangkumi beberapa model seperti penanaman secara batas, vertical aquaponic dan mesin kompos Economical Waste Composter (EFWC) di PDL1 ini akan menjadi kajian perintis dan model rujukan yang boleh diguna pakai di setiap tanah poket Kerajaan Negeri yang masih belum diusahakan,” jelasnya.
Difahamkan, melalui model kolaborasi 4P (Perkongsian Awam Swasta Profesional) antara CMI, Think City Sdn. Bhd. (ThinkCity) dan UPSI, PDL1 memperoleh pembiayaan sepenuhnya berjumlah RM35,000 daripada ThinkCity, manakala UPSI telah menyumbang kepakaran untuk membangunkan projek 100 peratus termasuk pembangunan sistem agrikultur dan sistem Internet of Things (IoT).
Manakala, Jabatan Pertanian Negeri telah menyumbang anak-anak benih dan anak-anak pokok bagi menjayakan kebun kitar berkenaan.
![]() |
Beri manfaat kepada penduduk |
“Hasil tanaman ini akan diagihkan melalui saluran sedia ada seperti jalinan kerjasama dengan Mutiara Food Bank di Pulau Pinang serta pengagihan kepada wakil rakyat berdekatan.
“Selain itu, salah satu pendekatan menarik mengenai projek ini adalah jaminan keselamatan makanan atau food security dalam negeri,” jelasnya dipetik portal rasmi kerajaan negeri.
0 Comments