Pengarah TDF dijangkiti Covid-19


PENGARAH
perlumbaan basikal terkemuka dunia, Tour de France (TDF) dijangkiti Covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin.

Menurut laporan AFP, , Christian Prudhomme yang tidak menunjukkan sebarang gejala diperintah meninggalkan perlumbaan untuk kuarantin selama seminggu.

Tiga ujian saringan dilakukan olehnya sebelum perlumbaan bermula pada 29 Ogos lalu menunjukkan hasil negatif, namun diuji buat kali pertama bersama pelumba, staf pasukan dan pegawai perlumbaan beliau disahkan positif.

Bagaimanapun kesemua pelumba diuji negatif selepas penganjur mengumumkan perkara itu sebelum perlumbaan peringkat ke-10.

"Saya akan meninggalkan perlumbaan dalam tempoh seminggu dan melakukan apa saja yang dilakukan sama seperti pekerja di Perancis yang didapati positif.

"Saya akan menyaksikan perlumbaan di televisyen, sesuatu yang saya tidak pernah lakukan dalam tempoh 15 tahun," katanya yang mula terbabit dalam perlumbaan berkenaan sejak 2007," kata Prudhomme

Ketika mengulas mengenai pelumba, beliau berkata tidak terkejut mereka bebas dari Covid-19, pelumba jelasnya sangat berdisiplin dalam melakukan pencegahan terhadap wabak itu.

Untuk rekod, peranan Prudhomme sebagai ketua penganjur bermakna beliau banyak menghadiri acara sosial berkaitan perlumbaan dan Sabtu lalu beliau berkongsi kereta dengan Perdana Menteri Perancis, Jean Castex yang melawat perlumbaan peringkat kelapan di Pyrenees.

Berikutan berita berkenaan Prudhomme diuji positif Castex juga terpaksa melakukan ujian sebagai langkah berjaga-jaga dan keputusannya negatif.
 

Post a Comment

0 Comments