Musa Aman tak tersenarai sebagai calon BN


NAMA
penggerak utama usaha menjatuhkan Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) dilapor tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan.

Menurut laporan portal berita Awani semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin mendedahkan Musa tiada dalam senarai calon.

"Saya tidak ada perbincangan mengenai itu (pulang ke Sungai Manila).

"Nama beliau juga tiada dalam senarai calon (Barisan Nasional)," kata Bung Moktar dipetik. 


Sementara dalam satu laporan lain, 
Bung Moktar yang juga pengerusi BN negeri berkata bekas ketua menteri itu tidak diberikan kerusi kerana dia tidak memintanya.

Untuk rekod, pada Julai lalu, Musa mendakwa mendapat mempunyai cukup sokongan untuk mengambil pentadbiran negeri dari Ketua Menteri, Shafie Apdal.

Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media bersama beberapa pemimpin yang berpaling tadah.

Bagaimanapun, pada 30 Julai Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN bagi memberi laluan untuk rakyat negeri itu sekali lagi memilih kerajaan.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), berkata permohonan pembubaran itu sudah diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Isu pembubaran itu berlarutan kepada kes Mahkamah dengan yang terkini Mahkamah manolak cabaran Musa Aman bersama 32 ADUN lain terhadap keputusan Tun Juhar memperkenan pembubaran DUN itu.

Musa yang kini adalah ADUN Sibunga sebelum ini memberi bayangan dia akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila.

Kerusi DUN Sungai Manila merupakan salah satu daripada 13 kerusi baharu dalam PRN Sabah kali ke-16 ini.

"I’m going back to Sungai Manila," jelas Musa di akaun Facebook peribadinya pada Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini bagi penamaan calon dan pengundian pada 26 September ini.

Post a Comment

0 Comments