MUHYIDDIN YASSIN mengecewakan rakyat di seluruh negara kerana gagal melanjutkan moratorium pembayaran balik pinjaman bank, kata bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, moratorium pembayaran balik pinjaman akan berakhir 30 September ini
“Dia (Muhyiddin) mengatakan 98% permohonan untuk pelanjutan moratorium dan bantuan bank secara bersasar sudah diluluskan, dengan lebih daripada 1.4 juta peminjam dan lebih daripada 380,000 peminjam sudah mengesahkan mereka memerlukan bantuan tersebut.
“Bagaimanapun, jumlah peminjam ini masih jauh lebih rendah daripada 8 juta peminjam individu dan korporat yang akan mendapat faedah daripada lanjutan 6 bulan moratorium pembayaran balik pinjaman bank secara automatik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setiausaha AgunG DAP itu menegaskan lanjutan moratorium itu penting bagi meringankan beban kepada perniagaan serta isi rumah yang terjejas pasca Covid-19.
“Manakala, bantuan bank secara bersasar dan pelanjutan moratorium secara terpilih jauh lebih kecil impaknya berbanding pelanjutan moratorium pembayaran balik pinjaman bank 6 bulan secara automatik,” katanya.
Beliau berkata, Muhyiddin seharusnya mendengar keluhan lebih 6.2 juta peminjam yang tercicir, khususnya pengundi Sabah yang menghadapi pilihan raya negeri Sabtu ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, moratorium pembayaran balik pinjaman akan berakhir 30 September ini
“Dia (Muhyiddin) mengatakan 98% permohonan untuk pelanjutan moratorium dan bantuan bank secara bersasar sudah diluluskan, dengan lebih daripada 1.4 juta peminjam dan lebih daripada 380,000 peminjam sudah mengesahkan mereka memerlukan bantuan tersebut.
“Bagaimanapun, jumlah peminjam ini masih jauh lebih rendah daripada 8 juta peminjam individu dan korporat yang akan mendapat faedah daripada lanjutan 6 bulan moratorium pembayaran balik pinjaman bank secara automatik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setiausaha AgunG DAP itu menegaskan lanjutan moratorium itu penting bagi meringankan beban kepada perniagaan serta isi rumah yang terjejas pasca Covid-19.
![]() |
Guan Eng kecewa |

0 Comments