DUA pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan Khairul Idham Pawi mahu bangkit selepas berdepan detik sukar sepanjang beberapa minggu lalu.
Hafizh, pelumba Moto2 bersama pasukan Oceanica Aspar yang berdepan kemalangan ngeri pada perlumbaan GP Styria sudah disahkan cergas untuk memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino di Litar Misano minggu ini.
"Saya sememangnya tak sabar untuk beraksi semula selepas terlepas perlumbaan terakhir kerana kemalangan di Austria.
"Saya menggemari Litar Misano tetapi masih tidak tahu apakah keadaan sebenar saya. Segala-galanya akan dapat dilihat selepas sesi latihan bebas pertama," kata pelumba yang terkenal dengan jolokan El-Pescao itu.
Sebagai rekod, setakat ini Hafizh berjaya mengumpul 17 mata dalam saingan kelas tersebut. Beliau akan memulakan perlumbaan di tempat ke-14 esok.
Bagaimanapun, perlumbaan minggu ini sedikit emosi buat Hafizh yang baru kehilangan neneknya, Arbaieah Mohammed Isnin lalu.
Sementara itu, Khairul Idham yang sinonim dengan jolokan "Superkip' tidak meletak sasaran terlalu tinggi pada perlumbaan hari ini.
pelumba Petronas Sprinta Racing dalam kelas Moto3 itu baru pulih selepas melakukan pembedahan memotong jari kelingking kanan yang menyaksikannya tidak dapat beraksi di GP Styria, 23 Ogos lalu.
"Saya sememangnya teruja untuk kembali berlumba tetapi saya juga tahu perlu menyesuaikan diri dengan jentera. Saya masih berasa sakit sedikit di tempat pembedahan.
"Saya melalui proses pemulihan agak pendek selepas pembedahan, jadi saya tak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi. Saya hanya mahu melihat bagaimana keadaan jari apabila berlumba," katanya.
MotoGP
Sementara itu bagi kelas MotoGP, empat petak utama perlumbaan hari ini bakal diisi jentera Yamanah.
Pelumba Monster Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales mencatatkan masa terpantas sepusingan pada ujian masa diadakan semalam dengan 1:31.411.
Manakala Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) dan rakan sepasukannya Fabio Quartararo akan memulakan perlumbaan di petak kedua dan ketiga apabila mencatat masa masing-masing 0.312 saat dan 0.380 saat di belakang Vinales.
Seorang lagi penunggang Yamaha Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha MotoGP) mencatatkan masa lewat 0.466 dibelakang pendahulu untuk mengisi tempat ke-4 garis permulaan.

0 Comments