PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada dijadualkan pada 29 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan 3 penjuru.
Pegawai Pengurus PRK Slim, Shamsul Ridzuan Idris sebagi tamat tempoh penamaan pagi tadi mengumumkan caloN barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz dicabar 2 calon bebas iaitu ahli akademik, Profesor Santharasekaran Subramaniam dan peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili kem Tun Dr Mhathir Mohammad.
“SPR menerima 3 borang pencalonan. Saya telah semak kertas penamaan tersebut, saya berpuas hati dan tiada kertas pencalonan ditolak,” katanya di pusat penamaan calon di Majlis Daerah Tanjung Malim hari ini.
Ketua PAS Tanjung Malim, Mohd Tarmizi Ab Rahman difahamkan menjadi pencadang kepada calon mewakili BN.
S Santharasekaran menjadi individu pertama menghantar borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
Calon berusia 44 tahun yang akan bertanding menggunakan logo "buku", mengemukakan borang sebaik pintu pusat penamaan calon di Dewan Sri Tanjong Majlis Daerah Tanjung Malim dibuka pada 9 pagi.
Peguam Amir Khusyairi 38 dari kem Mahathir pula akan bertanding sebagai calon bebas menggunakan lambang "pokok."
Sementara itu, dua individu yang bercadang menjadi calon bebas pada PRK kali ini gagal mengemukakan borang pencalonan susulan masalah teknikal.
Mereka ialah konsultan modal insan, Mohd Ikmal Mohd Iskandar, 37 dan kakitangan firma guaman Nadarajah Veerapan, 59.
Proses penamaan pagi tadi berlangsung aman dengan hanya calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk ke dalam dewan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sebagai rekod, PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.
0 Comments