MAHKAMAH Switzerland dilapor mensabitkan kesalahan terhadap seorang pegawai bank kerana gagal memberikan amaran mengenai wang jutaan dolar yang dikaitkan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpalit skandal.
Agensi berita Rauters dalam laporannya berkata, Mahkamah Jenayah Persekutuan telah mendapati bekas eksekutif anti pengubahan wang haram di bank swasta Coutts & Co Ltd bank itu bersalah kerana melanggar syarat untuk melaporkan transaksi yang mencurigakan.
Susulan itu, Mahkamah mengenakan hukuman hukuman denda sebanyak $50,000 Swiss franc (AS$55,000) ditambah dengan kos mahkamah terhadap pegawai tersebut.
Reuters bagaimanapun tidak menamakan pesalah itu kerana undang-undang Switzerland mengenai privasi dalam proses mahkamah.
Pihak berkuasa kewangan Swiss, Finma pada tahun 2017 memerintahkan Coutts untuk membayar $6.5 juta Swiss franc kerana melanggar peraturan pengubahan wang haram dalam perniagaannya yang berkaitan dengan 1MDB tetapi menghentikan prosidingnya sendiri terhadap eksekutif itu.
Siasatan Finma mendapati antara tahun 2009 dan 2015, aset bernilai AS$2.4 bilion dipindahkan melalui akaun di Coutts, yang ditubuhkan pada abad ke-18 dan terkenal sebagai bank kepada Ratu Elizabeth dari Britain.
Pendakwaan Switzerland itu memberi amaran terperinci daripada rakan sekerja eksekutif bank Coutts mengenai transaksi oleh Low Taek Jho, atau Jho Low, ahli perniagaan Malaysia yang berkait 1MDB yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh kerajaan bekas perdana menteri, Najib Razak.

0 Comments