Lim Guan Eng bidas alasan Tengku Zafrul


SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng, membidas kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, yang mempertahankan pelantikan ahli politik ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Melalui satu kenyataan, Lim yang merupakan menteri dengan portfolio sama pada era Pakatan Harapan (HARAPAN) menegaskan bahawa tindakan itu  bertentangan dengan tadbir urus korporat yang baik.

Tambahnya, mewajarkan pelantikan ahli politik sebagai pengarah dan pengerusi GLC dengan alasan kseseorang ahli politik itu mempunyai kepakaran dan pengalaman dan dianggap sebagai mekanisma semak dan imbang agar selari dengan dasar dan aspirasi kerajaan  merupakan kenyataan tidak masuk akal 

“Ahli politik sudah pasti tidak lebih mahir atau berpengetahuan daripada golongan pakar atau profesional,” katanya Lim.

Katanya lagi, tiada keperluan untuk melantik ahli politik bagi memastikan GLC mematuhi dasar kerajaan, kerana syarikat berkenaan boleh digesa “melalui arahan menteri atau kehadiran pegawai kanan kementerian yang dilantik sebagai pengarah”.

Menjelaskan pelantikan ahli politik semasa pentadbiran lepas, Lim berkata mereka dilantik ke badan berkanun yang bertanggungjawab untuk kawal selia. badan berkanun umumnya tidak terbabit dalam perniagaan, dan mempunyai kontrak terhad untuk ditawarkan, dari segi skop dan saiz.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mendakwa pentadbiran sekarang menjadikan pelantikan wakil rakyat ke GLC sebagai ganjaran untuk mengekalkan kuasa mereka.

Post a Comment

0 Comments