GABUNGAN Pakatan Harapan (HARAPAN) menegaskan bahawa mereka tidak bersetuju dengan tawaran bank antarabangsa Goldman Sachs berhubung pemulangan dana yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.
Melalui satu kenyataan media, HARAPAN mahu semua “watak utama” dalam skandal itu diadili di mahkamah.
“PH menegaskan semua watak utama di dalam kes ‘scam’ 1MDB mesti diadili di mahkamah, termasuk individu yang dinamakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) sebagai ‘Malaysian Official 1’ dan ahli perniagaan Low Taek Jho yang sehingga kini belum ditahan.” kata Majlis Presiden HARAPAN.
Kenyataan itu yang ditandatangai pemimpin 3 parti komponennya, iaitu Anwar Ibrahim (KEADILAN), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah).
Mereka turut mengingatkan bahawa pentadbiran HARAPAN sebelum ini tidak bersetuju dengan tawaran Goldman Sachs sebelum ini untuk memulangkan AS$1.75 bilion kerana jumlah keseluruhan yang dituntut kerajaan terdahulu ialah AS$7.5 bilion.
Semalam, Goldman Sachs bersetuju membayar AS$3.9 bilion sebagai penyelesaian tuntutan tertunggak berkaitan 3 urus niaga bon yang disusun bank antarabangsa itu untuk 1MDB.
Secara keseluruhannya, lebih AS$4.5 bilion atau RM19 bilion dana 1MDB akan dikembalikan kepada Malaysia, ia termasuk wang yang sudah dipulangkan DoJ sebelum ini.
Penyelesaian terbaru itu ialah peningkatan ketara berbanding tawaran terdahulu sebanyak AS$1.75 bilion yang dibuat Goldman Sachs kepada Putrajaya pada 2019.
Sementara itu, Kenyataan Majlis Presiden itu turut menegaskan, pemulangan wang itu ialah bukti wujud pelbagai salah laku dan kebobrokan pada era pentadbiran Barisan Nasional (BN) dipimpin Najib Razak.

0 Comments