SUSPEK dipercayai bertanggungjawab membunuh tiga kucing secara kejam dengan memasukkannya ke dalam mesin mencuci pakiaan di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini.
Memetik laporan media, lelaki berusia 30-an itu bakal didakwa mengikut Subseksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) kerana menyebabkan kesakitan dan penderitaan tidak sepatutnya kepada haiwan.
Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan suspek memasukkan 3 ekor kucing dalam mesin basuh berasingan pada 5.30 pagi.
BACA: Suspek bunuh 3 kucing ditahan reman
Bangkai kucing tersebut ditemui seorang wanita yang ke dobi itu untuk membasuh baju kira-kira jam 9.30 pagi.
Wanita itu dan pemilik dobi berkenaan kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian itu
Lelaki terbabit kemudian ditahan reman bagi membantu siasatan.
Wanita itu dan pemilik dobi berkenaan kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian itu
Lelaki terbabit kemudian ditahan reman bagi membantu siasatan.
0 Comments