APAKAH rakyat Malaysia 'ditipu' ketika Perikatan Nasional (PN) membuat perjanjian penyelesaian bayaran ganti rugi atas peranan Goldman Sachs dalam skandal 1MDB, soal bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng.
Lim berkata, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini telah menuntut AS$ 7.5 bilion (RM31.97 bilion) yang merangkumi nilai tiga bon Goldman Sachs yang diatur untuk 1MDB bernilai AS$ 6.5 bilion (RM27.71 bilion) termasuk tuntutan tambahan AS$ 1 bilion (RM4.26 bilion) bagi menampung kos faedah.
Bagaimanapun jelasnya, dibawah penyelesaian berjumlah AS$3.9 bilion (RM16.62 bilion) yang dilapor media baru-baru ini Goldman Sachs hanya akan membayar tunai AS$ 2.5 bilion (RM10.66 bilion) kepada kerajaan Malaysia.

Manakala baki AS$1.4 bilion (RM5.97 bilion) hanya akan menjadi "jaminan" untuk memastikan aset yang diperoleh menggunakan dana 1MDB yang dicuri akhirnya akan dikembalikan ke Malaysia.
"Melepaskan tuntutan asal AS$7.5 bilion dengan berpuas hati dengan penyelesaian AS$3.9 bilion menunjukkan kerajaan memandang ringan beban hutang 1MDB yang sebegitu besar.
"Jika tidak mengikut jumlah tuntutan asal AS$7.5 billion sekalipun, penyelesaian dengan Goldman Sachs patut dibuat dengan tuntutan sekurang-kurangnya AS$6.5 bilion berikutan 3 bon yang diterbit oleh syarikat tersebut," katanya dipetik laporan media.
Tambah Lim, jumlah hutang 1MDB terkini yang dijamin oleh kerajaan ialah sebanyak RM31.7 bilion.
Jika jumlah keseluruhan hutang 1MDB termasuk faedah dinilai, Malaysia jelasnya terpaksa menanggung beban dianggarkan bernilai RM50.4 bilion.
BACA:Tawaran Goldman Sachs bukti salah laku 1MDB, kata Majlis Presiden
Sehubungan itu, Lim menggesa Muhyiddin Yassin menjelaskan sekiranya Goldman Sachs telah dibiarkan melepaskan diri daripada tuntutan dengan "mudah" atau sememangnya rakyat Malaysia telah diperdayakan.
Sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin tegasnya wajib memberi jaminan kepada rakyat bahawa beliau tidak mengkhianati kepentingan negara dan melepaskan Goldman Sachs sebegitu mudah atas penglibatan mereka dalam skandal kewangan terbesar dalam sejarah itu.

0 Comments