Seorang lagi pesakit Covid-19 terkorban


KEMENTERIAN
Kesihatan (KKM) memaklumkan seorang mangsa koronavirus (Covid-19) meninggak dunia hari ini.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes maut akibat wabak itu di Malaysia kini sebanyak 122 kes.

“Kes kematian ke-122 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis. Beliau mendapatkan rawatan tradisional beberapa kali sejak 3 Julai dan kemudiannya pergi ke sebuah hospital swasta pada 9 Julai.
https://t.me/kartelmedia
“Beliau segera dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak setelah disyaki positif Covid-19 dan kemudiannya disahkan positif virus itu. Kesihatan beliau terus merosot dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Pesakit disahkan meninggal dunia pada 10 Julai 2020 jam 5.49 petang,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, terdapat 8 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan 4 daripadanya merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Noor Hisham berkata, 4 kes import hari ini kesemuanya membabitkan warganegara Malaysia, manakala 4 kes tempatan pula membabitkan 2 rakyat tempatan dan 2 bukan warganegara.

“Bagi kes melibatkan warganegara, ia berlaku di Sarawak, iaitu kes Severe Acute Respiratory (SARI) yang dimasukkan ke hospital umum Sarawak.

“Bagi kes jangkitan dalam kalangan bukan warganegara, ia berlaku di Selangor, iaitu 2 kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang.

“Kedua-dua kes ini disaring semula sebelum proses penghantaran pulang ke negara asal,” jelasnya.

Noor Hisham turut memaklumkan, sehingga kini 67 kes aktif masih diasingkan, manakala 3 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Sementara itu, 4 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dibenarkan keluar wad seramai 8,515 orang iaitu 97.8% daripada kes keseluruhan.

Post a Comment

0 Comments