Pesawat tentera terhempas, dua krew terkorban


DUA krew helikopter jenis tempur milik angkatan bersenjata Taiwan terbunuh dalam nahas ketika latihan tahunan di Taiwan semalam.

Angkatan tentera itu dalam kenyataan berkata, helikopter Bell 0H-58D dikendali juruterbang dan pembantunya itu terhempas sebaik berlepas dari pengkalan di Hsinchu. Pesawat itu dilaporkan baru mengisi bahan bakar dan dalam perjalanan bagi menyertai latihan itu semula.
https://t.me/kartelmedia
"Dua minit setelah helikopter berlepas, pada ketinggian sekitar 300-400 meter [980-1,300 kaki], ketua juruterbang melaporkan kelajuan rotor yang terlalu rendah.

"Dia seharusnya melakukan pendaratan kecemasa, tetapi pesawat itu sudah berada di luar pangkalan udara dan terbang di atas tempat tinggal orang awam.

"Juruterbang memilih untuk membelok 180 darjah ke kiri untuk melakukan pendaratan di pangkalan udara, tetapi kerana kecepatan rotor yang sangat rendah juruterbang gagal melakukannya,." kata ketua Briged Penerbangan ke-601, Mejar Jeneral Chang Tai-sung seperti dilapor South China Morning Post.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua krew terbabit sempat diselamatkan dan dibawa ke hospital. 

"Ketua juruterbang Mejar Chien Jen-chuan dan juruterbang bersama Kapten Kao Chia-lung dikejarkan ke hospital untuk rawatan tetapi meninggal dunia akibat kecederaan mereka," kata kementerian pertahanan.



Kemalangan semalam yang ketiga yang melibatkan helikopter angkatan bersenjata Taiwan sejak  dua tahun terakhir.

Pada bulan Mei, sebuah OH-58D mengalami sedikit kerosakan dan dua juruterbangnya mengalami cedera ringan setelah melakukan pendaratan keras di sebuah pangkalan tentera di Tainan.

Manakala pada, seorang pegawai tertinggi tentera Taiwan, Shen Yi-ming, dan tujuh yang lain terbunuh ketika helikopter Black Hawk dinaiki mereka terhempas di wilayah pergunungan negara itu.

Post a Comment

0 Comments