KETUA Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tiga kes baru berkaitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes dikesan di negara ini sebanyak 8,737.
Tiga kes yang dikesan itu jelasnya melibatkan 1 kes import dan 2 kes tempatan.
Satu kes import melibatkan seorang warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Kedua-dua kes penularan dalam negara pula adalah bukan warganegara Malaysia dan tiada kes dalam kalangan warga tempatan dilaporkan pada hari ini,” katanya.
Noor Hisham berkata, 2 kes dalam kalangan bukan warganegara adalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu 1 kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Jalan Duta sebelum proses pemindahan ke DTI lain dan 1 kes adalah di Sarawak melalui saringan di tempat kerja yang dijalankan oleh majikan.
Jumlah pesakit dirawat kini menurun kepada 77 dengan 3 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 1 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kematian kekal 122 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini
0 Comments