Tiada kematian dilaporkan, 48 kes baru direkodkan


TIADA
korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata,  jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 115 orang setakat ini.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 48 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,185 orang sehingga kini.

Daripada kes baru itu, 4 kes import dilaporkan. Kes penularan tempatan sebanyak 44 kes,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau turut mengumumkan 53 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,912 orang sehingga kini.

Sementara itu, seramai 1,158 pesakit sedang dirawat dan daripada jumlah tersebut, 9 di unit rawatan rapi dengan 5 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Post a Comment

0 Comments