MMA pula bidas diskriminasi dibawah KPWKM


PERSATUAN Perubatan Malaysia (MMA) membidas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atas dakwaan berlakunya diskriminasi terhadap anak petugas barisan depan.

MMA merujuk kepada panduan Pencegahan Penularan Covid-19 Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Keselamatan Warga Taman Asuhan Kanak-Kanak.

“MMA bimbang dan terkejut dasar seperti itu diluluskan kementerian dan diedarkan Jabatan Kebajikan.

“Petugas barisan depan dan anak mereka tidak patut dikenakan dasar dan amalan diskriminasi seperti itu. Ini tidak boleh diterima.” kata Presiden persatuan itu N Ganabaskaran dalam kenyataan.

Sebelum ini media mendedahkan panduan itu yang dikeluarkan pada Jumaat menyatakan anak petugas barisan depan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan daripada ibu bapa mereka.

Justeru panduan itu menyatakan tempat paling selamat untuk anak petugas barisan depan adalah “penjagaan di rumah”, dan sekiranya mereka dihantar ke Taska, “perlu diasingkan daripada anak-anak yang lain”.

Terdahulu, beberapa pakar pediatrik turut mengkritik panduan itu dan mahu pentadbiran Muhyiddin Yasin membatalkannya segera.
 

Melalui satu surat ditandatangani 250 pakar dan disokong Persatuan Pediatrik Malaysia, mereka menyifatkan apa yang dilakukan kementerian itu diskriminasi itu sebagai "tamparan" kepada semua barisan hadapan di negara ini ketika mereka sebelum ini digambarkan sebagai 'pahlawan negara kita'.

Sementara itu, MMA berkata Kementerian Kesihatan (KKM) harus dirujuk berhubung tatacara operasi standard, menggesa KPWKM merujuk KKM tentang langkah pencegahan yang wajar dan disarankan untuk Taska.

“Ramai petugas barisan depan tersinggung dengan bahagian dalam garis panduan Taska itu,” katanya MAA.

Post a Comment

0 Comments