Anwar kecam ugutan rogol, bunuh 2 Adun wanita


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar mengutuk gangguan seksual terhadap dua wakil rakyat wanita.

Tegas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu, gangguan tersebut sama sekali tidak boleh diterima selain dan pihak berkuasa wajar menjalankan siasatan terhadapnya.

“Bersama mengecam gangguan seksual ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin dan Adun Kampung Tunku Lim Yi Wei seperti yang dilaporkan.

“Menggesa siasatan segera dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya di Twitter.

Persatuan Tindakan Wanita (Awam) sebelum ini mendedahkan Jamaliah dan Yi Wei merupakan mangsa terbaharu serangan seksual di Facebook.

Kedua-dua mereka dilapor menerima ugutan bunuh dan rogol, pelaku turut didakwa membuat kenyataan bernada perkauman terhadap kedua-dua mereka.

Difahamkan laporan polis berhubung ancaman itu telah dibuat.

Insiden itu menarik perhatian ramai pemimpin tempatan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan jenayah itu tidak patut dipandang remeh dan dibiar jadi budaya masyarakat kita.

RUU baru sepatutnya dibentangkan
Sementara Bekas timbalan menteri belia dan sukan Steven Sim, yang juga anggota Parlimen Bukit Mertajam, pula menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempercepat pembentangan Rang Undang-undang berkenaan gangguan seksual yang sepatutnya dibentangkan kerajaan HARAPAN pada sidang kali ini.

"Sudah hampir 20 tahun sejak gabungan NGO yang dikenali sebagai Joint Action Group Against Violence Against Women (JAG) menghantar memorandum dan rangka Rang Undang-undang Gangguan Seksual kepada kerajaan pada 2001.

"Versi kemas kini juga dihantar kepada kerajaan HARAPAN pada Oktober 2019,Timbalan perdana menteri ketika itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail komited untuk membentangkannya pada sidang Parlimen Mac 2020.

"Bagaimanapun, selepas pentadbiran bertukar, kerajaan baru belum menunjukkan sebarang komitmen terhadap undang-undang penting ini," katanya dalam kenyataan.

Post a Comment

0 Comments