KKM umum kluster baru dari Magetan


KEMENTERIAN
Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kluster baru koronavirus (Covid-19) dikesan di pintu masuk antarabangsa melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu terdiri daripada 43 pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu kawasan yang diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Jawa.

“Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 34 orang dikuarantin di negeri Melaka dan 9 di Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memberitahu, aebanyak 48 kes baru dilaporkan hari ini berbanding 17 kes positif wabak berkenaan, semalam.

Difahamkan, selain 34 pelajar itu, kes baharu itu melibatkan 3 warganegar ini yang masing-masing pulang dari Acheh, Turki dan 1 lagi dari Kalimantan.

Setakat ini maklum Dr Noor Hisham,  16,800 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara sedang menjalani kuarantin dengan 11,725 orang dipantau KKM.

 

Post a Comment

0 Comments