Hannah dakwa ada pilih kasih agih bakul makanan


AHLI Parlimen Segambut Hannah Yeoh sebelum ini pernah mempersoalkan dimana bakul makanan untuk satu juta isi rumah seperti diumumkan pentadbiran Muhyiddin baru-baru ini.

Menurutnya, semua ahli parlimen diberitahu bahawa 1,000 bakul makanan akan disediakan oleh kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk setiap kawasan, namun masuk minggu keempat Perintah Kawalan pergerakan dikuatkuasakan, janji itu belum ditunaikan sepenuhnya kementerian terbabit.

Hannah, yang juga bekas Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga hari ini tampil dengan satu lagi dakwaan.

Memetik laporan sebuah portal, Hannah mendakwa wujud pemberian bakul makanan secara terpilih oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun,

Jelasnya, 54 kawasan Parlimen pembangkang masih belum menerima bantuan tersebut sehingga kini. 

“Sehingga kenyataan ini ditulis, terdapat sekurang-kurangnya 54 kawasan Parlimen pembangkang yang masih belum menerima sebarang bantuan tersebut.

“Kelewatan pengagihan bakul makanan ke kawasan Parlimen pembangkang akan memberi kesan kepada keluarga kumpulan B40 terutama apabila kita kini memasuki minggu ke-4 PKP,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu Hannah menggesa Rina segera memperbaiki sistem pengagihan bakul makanan.

tegasnya ia perlu dilakukan tanpa pemberian terpilih kepada mereka yang layak sehingga menyebabkan petugas dalam keadaan serba salah.

“Rakyat dalam kesusahan dalam tempoh PKP ini,” katanya.

Menurut Hannah lagi, antara kawasan Parlimen yang belum menerima bakul makanan adalah di Labis, Tebrau, Tanjung Malim, Kampar, Ipoh Barat, Batu Kawan, Johor Bahru, Hang Tuah, Balik Pulau, Klang, Seputeh, Rasah, Kota Kinabalu, Lanag, Sepang, Ipoh Timor, Kota Melaka, Alor Setar, Sandakan, Julau, Iskandar Puteri dan Bagan.

Selain itu Penampang, Sepanggar, Kepong, Pasir Gudang, Sungai Siput, Sibu, Bakri, Cheras, Sekijang, Bangi, Bukit Bintang, Bandar Kuching, Bukit Mertajam, Lumut, Beruas, Stampin, Padang Serai, Shah Alam, Papar, Taiping, Bayan Baru, Hulu Langat, Bentong, Batu Gajah, Pokok Sena, Merbok, Tampin, Ledang, Sungai Petani, Gopeng, Subang dan Tenom juga mengalami nasib serupa.

Post a Comment

0 Comments