JENAZAH mangsa kedua wabak koronavirus (Covid-19) yang meninggal di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam selamat dikebumikan.
Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu dikebumikan kira kira pukul 9 malam tadi di tanah perkuburan Islam Bakar Batu di Johor Bahru.
Urusan pengkebumian jenazah dijalankan kira kira 10 petugas dipercayai kakitangan hospital dilihat lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika urusan jenazah dilakukan.
Difahamkan, isteri dan anak allahyarham tidak dibenarkan terlibat dalam pengurusan pengebumian itu kerana masih lagi dikuarantin di Hospital Permai.
Allahyarham merupakan pesakit ke-178 di Malaysia daripada kluster jangkitan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.
Mula mengalami gejala demam pada 5 Mac lalu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Permai pada 12 Mac lalu sebelum diumumkan meninggal dunia semalam.
0 Comments