SEORANG pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta di Kuala Nerus.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di kawasan industri Gong Badak petang semalam. Azman Sulong, 48 maut ditempat kejadian.
memetik satu laporan media, Azman dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Padang Nenas. Sejurus tiba di lokasi kemalangan, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai merempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.
Akibat rempuhan itu kenderaan dipandu wanita tersebut dilapor terbabas dan melanggar sebatang pokok berhampiran tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din yang mengesahkan kejadian itu berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat.
Manakala pemandu kereta terbabit turut dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.
0 Comments