KETIKA segelintir pemimpin cuba merancang penubuhan apa yang disebut sebagai kerajaan 'pintu belakang', Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail tetap menjalankan amanah sebagai seorang anak.
Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu dilapor sempat melawat ibunya, Datin Mariah Khamis yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur semalam.
Dr Wan Azizah, yang memakai baju kurung disedari keluar dari kediaman persendiriannya di Kuala Lumpur, 8.15 malam tadi yang sedang berlangsung majlis doa selamat dan solat sunat hajat.
Beliau dilihat menaiki Perodua Myvi ketika menyusuri keluar dari perkarangan rumahnya semalam.
"Ibu Datuk Seri dimasukkan ke hospital dan beliau melawat ibunya," kata Setiausaha Akhbar beliau, R Sonia melalui aplikasi Whatsapp.
Beliau hanya beredar dari hospital terbabit jam 10.30 malam tadi dan pulang semula kediamannya.
0 Comments