SELEPAS situasi hangat yang disifatkan ramai sebagai cubaan penubuhan kerajaan 'pintu belakang' semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, pertemuan itu dijangka jam 2.30 petang.
Menurutnya, pertemuan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu sudah dirancang awal dan bukan berkait perkembangan politik semalam.
"Masih terlalu awal untuk buat sebarang spekulasi, kita tengok dulu macam mana esok," katanya di luar pekarangan kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut malam tadi.
![]() |
Farhash Wafa |
Sementara itu, Farhash memaklumkan, Anwar berada dalam keadaan tenang susulan perkembangan tidak menentu semalam.
Tambahnya, parti itu masih mempunyai sokongan moral peringkat akar umbi dari kalangan penyokong HARAPAN.
Semalam beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan perubahan komposisi kerajaan hadir ke Istana Negara, namun tiada perkembangan didedahkan susulan pertemuan tersebut.
0 Comments