TIGA maut manakala empat lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga Perodua Myvi dan sebuah motosikal dekat Kluang malam tadi.
Dalam kejadian di Jalan Batu Pahat-Kluang berhampiran Agro Farm kira-kira jam 8.06 malam itu, pemandu sebuah kereta terbabit, penunggang dan pembonceng motosikal maut dilokasi.
Memetil laporan BH Online, setakat laporan itu disiarkan, dua yang terbunuh telah disahkan identiti mereka yang masintg-masing dikenali sebagai Suparman, 36, dan Jambong, 63 tahun.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Penguasa Bomba Kanan II Rohaizat Hamdan berkata, empat jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, BBP Batu Pahat dan BBP Kluang dengan 25 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
"Tiga mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Empat lagi mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang oleh van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) bomba, " katanya dalam kenyataan.
Empat mangsa yang parah adalah pemandu dan penumpang dua lagi kereta yang identitinya sedang dikenal pasti oleh pihak berkuasa.
0 Comments