Tentera mengamuk di Terminal 21 akhirnya tumpas



ANGGOTA tentera yang melakukan amuk di sebuah pusat membeli belah di bandar Nakhon Ratchasima (korat) dekat timur laut Bangkok semalam akhirnya tumpas.

Pasukan keselamatan dilapor telah menembak mati suspek dalam insiden yang mengorbankan 21 nyawa orang awam dan anggota keselamatan semalam.

Jurucakap polis berkata, suspek seorang tentera berpangkat Sarjan Mejar ditembak ketika bersembunyi di dalam pusat beli-belah Terminal 21 dimana dia sebelumnya turut menjadikan beberapa orang awam sebagai tebusan.

“Polis turut menyelamatkan lapan individu yang dijadikan tebusan oleh suspek. Ada mangsa yang cedera,” katanya sumber tersebut.


Jurucakap Kementerian Pertahanan pada semalam memaklumkan anggota tentera  itu yang dinamakan sebagai Jakapanth Thomma menyerang pegawai atasannya dan menimbulkan kekecohan dalam sebuah berek tentera.

Lelaki lengkap berpakaiaan seragam tentera itu turut mencuri kenderaan tentera serta memuat naik gambar serta video melalui Facebook Live ketika bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain untuk melepaskan tembakan.

Kejadian mencetuskan panik apabila pengunjung pusat beli-belah itu panik dan lari bertempiaran untuk keluar dari bangunan itu.

Sekurang-kurangnya, 31 orang turut cedera akibat kejadian itu dan dikejarkan ke hospital.

Sumber yang tidak disahkan berkata, suspek tidak berpuas hati kerana rasa dibohongi seorang pegawai atasannya dalam urusan jual beli hartanah.

Post a Comment

0 Comments