MASJID AI UUmmah Telok Chengai dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan SK Telok Kechai dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) itu mengambik inisiatif menunaikan solat sunat Istisqa semalam.
Imamnya, Mohd Nazimi Zaim Ismail berkata, solat itu yang dilaksanakan di padang SK Telok Kechai adalah bagi memohon hujan susulan kemarau dan cuaca panas melanda Kedah ketika.
Selain itu jelasnya, usaha berkenaan juga sebagai menyambut titah dan perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah supaya umat Islam di negeri ini mendoakan kesejahteraan agar Kedah menerima hujan dan membantu meningkatkan bekalan air di negeri ini.
"Setakat ini, pihak masjid telah melakukan tiga kali solat Istisqa, namun ini kali pertama dilakukan di tempat lapang seperti mengikut cara Rasulullah SAW.
"Kita melakukan solat sunat ini untuk memohon hujan berikutan keadaan cuaca panas melanda Kedah ketika ini.
"Antara amalan digalakkan dilakukan sebelum solat sunat ini ialah berpuasa tiga hari dan bersederhana dalam berpakaian," katanya dipetik laporan Sinar.
Katanya, pihaknya bersyukur kerana solat sunat dilakukan itu turut mendapat sambutan dari penduduk setempat.
Awal bulan ini, seramai 130 jemaah di Langkawi menunaikan solat sunat Istisqa di Empangan Bukit Malut, bagi memohon hujan.
Solat sunat anjuran Taliworks Langkawi Sdn Bhd (Taliworks Langkawi) diimamkan Imam Masjid Al-Hana, Kuah, Nordin Osman.
Ia turut disertai pelajar Madrasah Tahfiz al-Quran al-Marjan dan kakitangan Taliworks Langkawi serta penduduk tempatan.
0 Comments