TINDAKAN usahawan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzaman dan rakan-rakan bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita mencetus rasa tidak puas hati warganet di laman sosial.
Rata-rata pelayar laman sosial beranggapan tindakan Muhammad Sajad atau dikenali sebagai Nursajad itu keterlaluan, memalukan dan megundang murka Allah.
Tindakan itu juga menarik perhatian kerajaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan itu telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.
"Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan," katanya kepada pemberita.
![]() |
Muat naik individu mendakwa keluarga Sajad |
"Apabila di Makkah dia berpakaian telekung dan sudah tentu berpakaian wanita. Semua pergerakan, tempat yang dia lawati dan ruang solat dia adalah bersama wanita.
"Ini menimbulkan ketidakselesaan kerana dia telah menceroboh ruang dikhaskan kepada wanita.
"Kad pengenalannya adalah lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya," katanya dipetik laporan Sinar.
BACA: Peraduan cabut tayar di leher buaya
BACA: Pengerusi nelayan dedah cerita Pantai Teluk Bidara
Terdahulu Muhammad Sajat memuatnaik gambar-gambar dan video di Makkah.
Dia yang masih berada di Tanah Suci itu menunaikan umrah bersama ibu bapanya dan beberapa rakan yang lain.
Terdahulu, seorang individu yang mendakwa sebagai keluarga Mohammad Sajad meminta supaya usahawan kontrovesi itu kembali ke pangkal jalan.
BACA: Pejabat mufti bakal keluar kenyataan isu Sajad
Individu dengan nama Nurnilam Sari itu mendakwa mereka tidak mahu bersubahat dengan perbuatan itu.
0 Comments