LTdL: Vino-Astana yakin mampu beri saingan


PASUKAN  Pro Benua Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) Vino-Astana Motors (VAM) dari Kazakhstan yakin mampu bersaing dengan pasukan yang lebih besar pada perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.

Walaupun turun tanpa tongak utama, Vadim Pronskiy yang meraih tempat ketiga keseluruhan pada edisi 2019, pasukan itu yakin boleh mencapai keputusan membanggakan.

Pada edisi kali ini, pasukan itu bakal mempertaruhkan pelumba muda berusia 20-an Igor Chzhan dan Yevgeniy Fedorov, 19.
 
Chzhan yang sebati dengan cuaca panas negara ini, diberikan tanggungjawab itu selepas berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan Jelajah Semenanjung pada Oktober lepas.

Manakala Fedorov sebelum ini menguasai acara kejohanan bawah-23 ujian masa Asia dan mendapat tempat kedua perlumbaan jalan raya Kejohanan bawah-23 Asia tahun lepas. 

“Chzhan dan Fedorov akan menggalas harapan utama pasukan. mereka diharapkan berjaya dalam persaingan itu sekurang-kurangnya untuk peringkat Asia jika tidak secara keseluruhan,” menurut penganjur  5 Feb ini.

LTdL edisi ke-25 akan bermula di Kuching pada Jumaat ini sebelum menyeberangi Laut China Selatan ke Kuala Terengganu untuk peringkat kedua, kemudian pelumba akan meneruskan perlumbaan ke pantai barat Semenanjung, dan peringkat keempat pendakian ke Genting Highlands sebelum perlumbaan diteruskan ke utara yang akan berakhir di Pulau Langkawi.