SEORANG remaja orang kurang upaya (OKU) dilapor meninggal dunia setelah ditinggalkan sendirian.
Memetik laporan media antarabangsa, mangsa yang dikenali sebagai Yan Cheng, 17, menghidap penyakit cerebral palsy iaitu sejenis kumpulan penyakit motor-neutron kekal yang sentiasa memerlukan perhatian
Ketika kejadian, bapa mangsa, Yan Xiaowen, 49, dan adiknya yang berusia 11 tahun mengalami demam dan dikuarantinkan bersama adiknya yang mengalami masalah autisme oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Keadaan itu menyebabkan mangsa ditinggalkan berseorangan tanpa sebarang penjagaan dan makanan.
![]() |
Mangsa dibiarkan sendirian |
Manakala Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin (CCDI) China menyatakan, kerajaan tempatan tidak praktikal semasa melakukan tugas sehingga menyebabkan berlakunya kematian.
Menurut sumber, bapa Yan sebelum ini telah meminta saudara-mara, pegawai kampung dan doktor dari kawasan tempat tinggalnya itu untuk menjaga dan mengawasi anaknya.
Tambah CCDI, pegawai yang perlu bertanggungjawab itu telah dibuang kerja dan akan dikenakan hukuman berat susulan kejadian yang menimpa itu
0 Comments