Poster jahat cuba lagakan Tun M dan Anwar


PENYEBARAN
poster demonstrasi Menuntut Peralihan Kuasa PM 8 yang dijadualkan berlangsung di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) pada hari ini merupakan fitnah.

Jingga13 Malaysia dalam dalam satu kenyataan menafikan terlibat dangan demonstari tersebut.

Setiausahanya, Afzainizam Rahman menyifatkan tindakan penyebaran poster seperti itu merupakan usaha jahat pihak tertentu yang terdesak sehingga sanggup melakukan tindakan fitnah.

Tindakan itu tegasnya juga bertujuan bagi merosakkan nama baik dan reputasi Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.

"Permainan politik desperado, jijik dan kotor ini adalah bagi mewujudkan dan mencipta ketegangan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dengan niat menggagalkan peralihan kuasa berlaku dengan aman," katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi poster tersebut, demonstrasi berkenaan didakwa dianjurkan oleh Otai Reformasi, Jingga 13 Malaysia dan Anwar Ibrahim Club (AIC).

Selain itu, gambar bekas Senator Mohamad Ezam Mohd Nor; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad; Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong turut dipaparkan dalam poster berkenaan.

Dalam perkembangan sama, AIC turut tampil menafikan terlibat dengan demonstrasi itu.

Setiausaha Anwar Ibrahim Club (AIC), Azmi Mohd Nor, berita yang tular itu adalah propaganda fitnah berikutan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) yang akan diadakan malam ini.

“Tindakan ini boleh disifatkan sebagai satu fitnah, yang dibuat secara ‘mala fide’ atau niat jahat untuk memalukan serta mencalarkan nama baik dan reputasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“AIC menyeru supaya tindakan jijik dan hina ini dihentikan serta-merta malah menasihatkan semua pihak untuk menamatkan perbuatan melaga-lagakan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Post a Comment

0 Comments