Mufti Perlis doa Sajat berubah


MUFTI
Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpandangan isu melibatkan usahawan kontroversi, Nursajat terlalu remah dan tidak mendatangkan manfaat kepada perkembangan ekonomi negara dan mengembangkan pemikiran rakyat.

Memetik laporan berita, Mohd Asri berkata, Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman,35 hanya perlu dinasihati susulan perbuatannya bertelekung ketika mengerjakan umrah di Makkah.

“Kita nasihatkan dia (Nur Sajat) sahajalah, rahmat Tuhan itu luas dan mudah-mudahan dengan bermacam peristiwa dan pengalamannya di Makkah, dia berubah.

“Itu sahajalah harapan saya dan kita mendoakan dia untuk kembali ke pangkal jalan kerana kadang-kadang setiap orang ada kesukaran dalam dirinya sehingga terperangkap dengan bermacam keadaan.

“Janganlah kita menyibukkan diri dengan sesuatu berita seperti seorang lelaki memakai telekung dan bersembahyang di kawasan wanita sehingga semua orang nak membincangkannya kerana tidak langsung membantu perkembangan ekonomi dan pendidikan negara kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, dia secara peribadi tidak mengetahui motif sebenar Nur Sajat yang memakai telekung dan bersolat di kawasan wanita ketika mengerjakan umrahnya.


“Kadang-kadang sesetengah orang ini ada cara dia dalam mencari publisiti khususnya dalam perniagaan tetapi saya pun tak tahu apa niat sebenar dia dengan bertindak sedemikian.

"Apapun kita nasihatkan dia...kita kata itu satu tindakan yang salah kepadanya,” katanya.


BACA: Sajad seorang lelaki secara biologi - Menteri Agama

Menurutnya lagi, melakukan kejahatan di Makkah bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana di sana juga ada penipu umrah, penipu jualan barangan dan pihak yang menipu kemudian membawa lari hajarul aswad selama 20 tahun ke negara mereka.

Post a Comment

0 Comments