MotoGP: Quantararo dapat jentera factory


PELUMBA sensasi pasukan PETRONAS Yamaha SRT, Fabio Quartararo bakal berlumba dengan jentera sama yang bakal digunakan Valentino Rossi musim depan.

Rahsia itu didedahkan Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali selepas majlis memperkenalkan pasukan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Menurut Razlan, dengan kelebihan itu, tiada alasan lagi untuk 'ayam tambatan' mereka itu gagal beraksi cemerlang pada musim depan.

Pasukan turut meletakkan sasaran agar pelumba kelahiran Perancis itu dapat menjuarai perlumbaan.

"Quartararo sendiri meminta jentera sama dengan pasukan pengeluar dan dia sudah pun memperolehnya. Sekarang masanya untuk buktikan kemampuan dirinya di atas litar.

"Di atas kertas, sememangnya kami mengharapkan aksi cemerlang Quartararo. Kariernya sudah terjamin apabila bersama Yamaha sehingga 2022.

"Jadi, dia boleh fokus dan cuba mendapatkan podium tertinggi iaitu memenangi perlumbaan," kata Razlan.

Sebagai rekod, pelumba berusia 21 tahun itu mendapat tempat kedua di Grand Prix Catalan, GP Belanda (3), GP Austria (3), GP San Marino (2), GP Thailand (2), GP Jepun (2) dan GP Valencia (2).

Quantararo diangkat sebagai Rookies of The Year (ROTY) musim lalu dengan pencapaiaan cemerlang di tempat kelima keseluruhan dengan 192 mata.

BACA: KBS bantu hafizh Syahrin, mana syarikat koporat lain?


Sementara itu, Razlan turut berharap seorang lagi pelumba, Franco Morbidelli mampu membuktikan dirinya masih berhak kekal bersama pasukan.

Morbidelli akan menggunakan jentera pengeluar edisi tahun lalu tetapi ditambah baik.

Post a Comment

0 Comments