ISTERI bekas perdana menteri Rosmah Mansor didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab mengarahkan kelulusan projek solar hibrid sekolah luar bandar di Sarawak kepada syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak) dipercepatkan.
Bekas Menteri Pendidikan era Barisan Nasional (BN), Mahdzir Khalid berkata insiden itu berlaku pada malam 23 Jun 2016 selepas jamuan berbuka puasa di Seri Perdana, Putrajaya.
“Semasa saya bersalaman dengan Rosmah sebelum beredar balik, beliau memberitahu saya lebih kurang, “you tengok la projek solar Cikgu Aaezmy (Setiausaha UMNO Pekan, Ahmad Aaezmy Abu Talib), cepatlah sikit.
“Saya sekadar menjawab lebih kurang “ya, ya” sahaja kerana ramai orang pada masa itu...
"Apa yang saya faham daripada mesej itu ialah beliau mengarahkan saya mempercepatkan proses kelulusan projek solar Jepak," kata Mahdzir yang juga saksi pendakwaan kelima dalam kes tuduhan rasuah melibatkan Rosmah di Mahkamah Tinggi semalam.
Tambahnya, insiden itu mengukuhkan kepercayaannya terhadap pembabitan team ‘Saidi’ dan kepentingan Rosmah dalam dalam projek tersebut.
"Oleh kerana Rosmah bercakap dengan saya, saya rasa perlu mengambil serius dan perhatian ke atas arahan itu,” tambahnya.
Menurut Mahdzir, team Saidi yang dimaksudkan ialah merujuk Saidi; Rayyan (rakan perniagaannya iaitu Rayyan Radzwill Abdullah); Rosmah; bekas pembantu khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rizal Mansor dan Aazmey.
Mahdzir yang dipetik satu laporan portal turut berkata, autoriti (kuasa) Rosmah terbukti apabila beliau sebagai isteri Perdana Menteri berani mengarahkannya sebagai Menteri Pendidikan untuk ‘tengokkan’ dan ‘cepatkan sikit’ projek solar terbabit.
Rosmah, 68, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.
Sebelum ini, seorang pemandu, Shamsul Rizal Sharbini mendakwa diarahkan Saidi untuk memasukkan wang kedalam dua buah beg sebelum ia dihantar ke kediaman Rosmah.

0 Comments