MISI pertama membawa pulang rakyat malaysia yang terperangkap di Wuhan China berjaya.
Pesawat
khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China yang dilanda
wabak koronavirus, selamat mendarat di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi ini lapor Bernama.
Pesawat AirAsia yang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana
(HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu, tiba pada jam kira-kira 5.57 pagi.
Penerbangan khas itu yang membawa seramai 107 orang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe malam tadi.
Ia turut membawa 12 kru, lapan petugas misi dan enam pegawai dari Kedutaan Malaysia dari Beijing.
Ia turut membawa 12 kru, lapan petugas misi dan enam pegawai dari Kedutaan Malaysia dari Beijing.
![]() |
Foto dari Bernama |
Pesawat itu turut membawa 500,000 pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China untuk membantu menangani penularan koronavirus di negara itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail sebelum ini berkata semua penumpang, pasukan misi dan kru akan
menjalani tapisan kesihatan di Unit Kecemasan Udara (ADU) di KLIA sebaik
sahaja tiba di tanah air.
0 Comments