LTdL Stage 1: Yevgeniy Fedorov bolot tiga jersi



PELUMBA
pasukan Vino-Astana Motors, Yevgeniy Fedorov menjuarai saingan peringkat pertama Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 di Kuching, Sarawak siang tadi.

Mempamerkan kayuhan bertenaga, pelumba Kazakhstan berusia 19 tahun itu menamatkan kayuhan dengan catatan masa satu jam, 51 minit, 01 saat (1:51:01) meliputi jarak keseluruhan 85.6 kilometer yang bermula dan berakhir di Padang Merdeka.

Meninggalkan kelompok pelumba lain, federov hanya mampu dicabar Thurakit Boonratanathanakorn yang mewakili pasukan Thailand Continental Cycling Team.

Fedorov yang ditemui selepas tamat saingan mengakui bangga dengan kemenangan yang menurutnya tidak terjangka itu.

“Saya gembira dan dengan jurang masa yang agak selesa ini, saya bertambah yakin untuk menghadapi peringkat seterusnya,” katanya dipetik. 



Susulan kemenangan hari ini, Fedorov dinobatkan sebagai penyarung jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan.

Tidak sekadar itu, Fedorov turut dinobatkan sebagai penyarung jersi hijau Raja Pecut dengan mengumpul 21 mata selain jersi putih Pelumba Terbaik Asia  kerana membantu pasukan menduduki tempat teratas senarai berpasukan dengan catatan keseluruhan 5:35:40.

Sementara itu, Thurakit yang menamatkan saingan di tempat kedua dibelakang Federov dengan catatan masa 1:5:04 menyifatkan pencapaian kali ini sebagai terbaik dirangkul pasukannya.

“Walaupun banyak kemenangan sebelum ini dalam perlumbaan bertaraf 2.1 dan 2.1, ini adalah keputusan terbaik dalam LTdL yang berstatus Pro Series,” katanya.

Pelumba Turki, Ahmet Orken dari Team Sapura Cycling melengkapkan podium dikedudukan ketiga dengan catatan masa 1:52:18. 

Perlumbaan peringkat 3 akan kembali ke semenanjung membabitkan laluan dari Kuala Terengganu ke Kerteh dengan jarak keseluruhan, 175.5 kilometer.

Post a Comment

0 Comments