JDT lancar jersi versi 2020


KELAB
Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi baharunya bagi musim 2020.

Pelancaran yang diadakan di Dataran Bandaraya dekat Johor Bahru pada Jumaat itu disempurnakan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan turut dimeriahkan hampir 5,000 peminat kelab berkenaan

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Bagi tahun 2020, jersi pasukan Johor memaparkan dua rekaan, iaitu jersi merah biru untuk tuan rumah dan jersi di tempat lawan berwarna putih.

Menurut Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia dan Thailand, Ernest Rodrigues berkata rekaan jersi tuan rumah bagi musim kali ini diinspirasikan daripada bendera Johor iaitu sama seperti musim sebelum ini.

"Jersi kedua untuk pelawat berwarna putih yang melambangkan stadium baharu iaitu Stadium Sultan Ibrahim di Gelang Patah.

"Lilitan berwarna emas di bahagian lengan dan leher pula membawa simbolik kejayaan kelab JDT,” katanya.

Jersi baharu itu akan digunakan JDT pada saingan Liga Super, Johor Darul Ta'zim II yang beraksi di Liga Perdana, Johor Darul Ta'zim III bagi saingan Piala Presiden dan Johor Darul Ta'zim IV yang beraksi dalam saingan Piala Belia.

Ketiadaan nama penaja pada bahagian hadapan jersi kali ini adalah sinonim dengan misi untuk menjadi kelab bernilai RM1 bilion.
 

Post a Comment

0 Comments