Asia GT Festival bakal kembali gegar SIC


 
PEMINAT sukan lumba kereta tanah air berpeluang sekali lagi menyaksikan perlumbaan Asia GT Festival.

Perlumbaan itu dijadualkan kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kedua pada 13 hingga 15 Mac ini.

Penganjuran acara perlumbaan itu susulan kejayaan  edisi pertamanya tahun lalu.

Ia juga dijangka menjadi acara sukan permotoran empat roda terbesar di Malaysia tahun ini dengan menggabungkan 300 kereta lumba dalam acara penuh debaran sepanjang tiga hari penganjurannya.

Difahamkan, turut akan diperkenalkan tahun ini adalah cabaran baharu, Golden Sprint.

Penonton dijangka bakal menyaksikan  saingan beberapa jenama perlumbaan dunia yang terkenal seperti Porsche, Audi, Ferrari, Bentley, McLaren, dan Mercedes Benz seperti tahun lalu.

Format perlumbaan GSC akan memberi tumpuan kepada semua kereta GT pelbagai kelas (GT3, GT4, GTM, GTC, kereta modifikasi buatan sendiri), perlumbaan pecut pemandu tunggal dan 15 pusingan perlumbaan malam.

Menerusi inisiatif baru ini, Festival Asia GT disasarkan untuk menghubungkan pelumba dari industri berbeza dengan membawakan lebih banyak acara perlumbaan dari seluruh rantau ini.

Post a Comment

0 Comments