SEBUAH trak 3 tan milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang membawa peserta kem latihan terbalik di Bukit Jugra petang semalam.
Insiden itu yang mencederakan 29 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Udara dan tiga orang jurulatih disahkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM melalui satu kenyataan.
TUDM memaklumkan, kejadian tersebut berlaku selepas selesai menghantar barang-barang di kawasan Hutan Bukit Jugra bagi persediaan fasa Latihan Medan bagi Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara yang akan bermula esok.
Ia berpunca daripada kegagalan fungsi brek semasa menuruni Bukit Jugra.
pegawai Memerintah dan pegawai perubatan yang beradai di Bukit Jugra dilapor turun membantu dan memantau semua mangsa.
Kesemua mangsa kini dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Banting dan Hospital Klang.
Sehubungan itu pihak TUDM juga memaklumkan akan sentiasa memastikan pemantauan berterusan dan akan memberi bantuan yang sebaiknya kepada semua mangsa yang terlibat dengan insiden tersebut.
Insiden itu yang mencederakan 29 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Udara dan tiga orang jurulatih disahkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM melalui satu kenyataan.
TUDM memaklumkan, kejadian tersebut berlaku selepas selesai menghantar barang-barang di kawasan Hutan Bukit Jugra bagi persediaan fasa Latihan Medan bagi Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara yang akan bermula esok.
![]() |
Kenyataan dikeluar TUDM |

0 Comments