Saifuddin selar kenyataan Zuraida Kamarudin


SETIAUSAHA
Agung Parti Keadilan rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail menyelar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Ia susulan kenyataan Zuraida bahawa kononnya dia belum menerima surat tuntutan saman dikemula Saifuddin terhadapnya.

Saifuddin menegaskan, surat tuntutan itu sudah dihantar ke pihak Zuraida.

memetik laporan Malaysiakini, Saifuddin berkata surat terbabit dihantar ke pejabat Zuraida di Putrajaya.

"Surat berkenaan dihantar ke pejabat beliau dan dicap aku terima pada 20 Jan 2020," katanya.

Semalam media melaporkan Saifuddin membuat tuntutan terhadap Zuraida mengenai dua tuduhan dibuat ahli parlimen Ampang itu yang didakwa berunsur fitnah.

Tidak jelas kenyataan mana didakwa sebagai fitnah tersebut, namun portal FMT dalam laporannya berkata, Saifuddin begitu kecewa apabila difitnah kononnya menerima berjuta-juta termasuk dari Tabung Tok Kenali semasa menjawat jawatan pengurus.

Menurut Saifuddin, beliau dilantik sebagai pengurus Tabung Tok Kenali pada 2004 hingga 2007 oleh menteri besar Kelantan ketika itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tabung Tok Kenali ialah agensi kerajaan negeri yang mengendalikan program bantuan dan khairat kematian untuk semua penduduk Kelantan yang berusia 60 tahun ke atas.

Zuraida yang diketahui sebagai penyokong Azmin Ali Zuraida dalam krisis dalaman parti itu sebelum ini berdepan siasatan disiplin berhubung beberapa kenyataan dibuatnya yang mensasarkan pemimpin utama parti tersebut.

Post a Comment

0 Comments