Suspek bakar Tahfiz korban 23 nyawa diarah bela diri



SEORANG remaja berusia 19 tahun diarah membela diri atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,  Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama

Pada prosiding itu, mahkamah turut melepas dan membebaskan seorang lagi remaja berusia 19 tahun, yang juga tertuduh kedua dalam kes itu daripada pertuduhan berkenaan.

 Dalam kejadian pada September 2017 di pusat tahfiz terletak di Jalan Keramat Ujung
 Kuala Lumpur itu, seramai 21 pelajar dan 2 warden maut setelah terperangkap dalam kebakaran.

Sementara 6 pelajar dan seorang orang awam turut cedera.

Peristiwa itu mengejutkan ramai pihak setelah video awam menunjukkan tingkat paling atas di bangunan 3 tingkat pusat tahfiz itu masih terbakar ketika azan subuh berkumandang dengan pelajar terperangkap meminta pertolongan.

Puca kejadian didakwa bermotifkan dendam setelah berlaku insiden ejek mengejek antara suspek dengan beberapa pelajar terbabit.

Susulan kejadian itu, ramai ibu bapa membuka mata untuk menempatkan anak mereka di pusat tahfiz lebih selamat.

Post a Comment

0 Comments