Misteri kehilangan wanita OKU terjawab


MISTERI
kehilangan seorang wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) sejak awal bulan lalu akhirnya terjawab.

Mayatnya wanita dikenali sebagai Salminyah Mohd Yusof, 67, ditemui sepasukan polis Ronda Khas Balai Polis Kuala Pilah yang melakukan rondaan mencari berhampiran rumahnya lebih kurang pukul 3 petang semalam.

Mayatnya ditemukan lebih kurang 50 meter dari rumahnya di Kampung Sungai Dua, Kuala Pilah.

Kakak mangsa, Kalsom ,70, yang dipetik laporan Bernama berkata, polis yang hadir bagi memaklumkan perkembangan siasatan terhidu bau busuk di sekitar kawasan rumah mangsa.

"Mereka terhidu bau busuk dan bertindak mencari punca bau itu. hasil pemeriksaan di hutan berhampiran, mereka ternampak tangan adik saya terkulai daripada celah pokok.

Kami tidak terfikir untuk mencari adik di kawasan tersebut kerana lokasinya agak tinggi dan sukar untuk seorang wanita tua juga OKU naik ke atas bukit itu," katanya dipetik.

Katanya, walaupun sedih dengan kehilangan adiknya itu namun reda, penantian keluarganya selama 15 hari telah terjawab.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt Amran Mohd Ghani mengesahkan penemuan tersebut.

Jelasnya, Salmiyah dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum ditemui.

Mayat jelasnya dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk proses bedah siasat.
 

Post a Comment

0 Comments