Maszlee letak jawatan dengan rasa berat hati


MENTERI
Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengesahkan khabar angin sebelum ini bahawa beliau akan berundur dari Kabinet.

Dalam satu sidang media di Kementerian Pendidikan di Putrajaya sebentar tadi, Maszlee berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Atas nasihat perdana menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka saya dengan hati yang reda walaupun berat, dengan nasihat perdana menteri saya ini Maszlee Malik memulangkan semula jawatan menteri pendidikan kepada perdana menteri," katanya pada sidang media mengejutkan itu.

Perletakan jawatan Maszlee berkuatkuasa pada 3 Januari 2020.

Maszlee berkata, meskipun pelbagai pencapaian dan keberhasilan dalam Kementerian Pendidikan sepanjang tempoh 20 bulan itu, beliau dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

Sementara itu, walaupun dikritik, Maszlee disifatkan ramai orang sebagai seorang menteri yang menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding beberapa menteri kabinet lain.

Maszlee mencetuskan kembali pemberian sarapan percuma berkhasiat kepada pelajar dari golongan B40 bagi memastikan pertumbuhan mereka terjamin.

“Walau bagaimanapun, saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas dituruti warga Kementerian Pendidikan (KPM). Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah keramat, ‘Pendidikan Untuk Semua’.tambahnya.

Maszlee yang merupakan bekas pensyarah dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018.

Susulan keputusan itu yang dilihat atas arahan perdana menteri, terdapat juga ura-ura bahawa Dr Mahathir mahu membawa masuk semula seorang bekas pemimpin Umno yang menyertai bersatu ke dalam kabinetnya.

Memetik laporan media, individu itu dinamakan sebagai Ahli Parlimen Jeli, Mustpaha Mohamed.

Post a Comment

0 Comments