Black Hawk terhempas, pegawai atasan tentera maut


SEORANG pegawai atasan tentera udara Taiwan dan tujuh lagi terbunuh selepas sebuah helikopter dinaiki mereka terhempas ketika membuat pendaratan cemas di kawasan pergunungan, utara Tapiei.

Kementerian pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan berkata, Sepasukan pegawai dan anggota dihantar bagi menyelamatkan kesemua.

Memetik South China Morning post, Ketua Staf Shen Yi-ming terbunuh dalam nahas itu dan perkara mengenainya disahkan sendiri  Panglima tentera udara Taiwan Hsiung Hou-chi.

Helikopter jenis Black Hawk itu sebelumnya dilapor membawa 13 penumpang dan krew penerbangan.

Selain Yi-ming turut terbunuh ialah dua jeneral utama - Timbalan Pengarah Biro Warfare Biro Politik Yu Chin-wen dan Hung Hung-chin, dari pejabat kementerian

Juga dibunuh adalah seorang leftenan kolenal, seorang  kapten, seorang pegawai berpangkat major dan dua lagi berpangkat sarjan.

“Beberapa mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan ada yang masih terperangkap di dalam pesawat,” kata jurucakap tentera pada satu sidang media secara langsung di televisyen.

Menurut kementerian, pesawat terbabit melakukan pendaratan kecemasan di New Taipei City selepas terputus hubungan dengan pihak berkuasa pada jam 8.22 pagi tadi.

Insiden berkenaan berlaku seminggu sebelum Taiwan mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen pada 11 Januari nanti.

Insiden itu menyebabkan Presiden Tsai membatalkan kempen pilihan raya hari ini dan menggesa pihak berkuasa menggerakkan semua usaha menyelamat.
 

Post a Comment

0 Comments