CALON Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang selesai membuang undi pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Kimanis.
Tiba kira-kira jam 8.50 pagi, karim yang juga Ketua WARISAN Bahagian Kimanis selesai menunaikan tanggungjawab kira-kira 10 minit selepas itu.
PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Karim dan calon Barisan Nasional, Datuk Mohamad Alamin.
Ia diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lalu memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.
0 Comments