SEORANG kakitangan Perodua tidak sempat pulang ke rumah selepas selesai bertugas syif malam.
Mohd Firdaus Hasim, 28, maut setelah motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori muatan simen di kilometer 15.2, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar) arah Kundang menghala ke Puncak Alam pagi tadi.
Kemalangan berlaku kira kira jam 7 pagi tadi ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Memetik laporan Awani, mangsa yang terjatuh di tengah jalan raya, digilis beberapa kali oleh kenderaan lain menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan.
Suasana pilu di tempat kejadian apabila isteri dan anaknya berusia kurang setahun meratap di sisi mangsa.
Difahamkan, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
0 Comments